fbpx

Resepi Telur Air Asam, Memang Tak Cukup Satu Pinggan Nasi!

iCookAsia

Kebiasaannya kita akan makan ayam yang berbagai jenis lauk kan, tapi jarang kita nak dengar lauk yang ada telur ayam ni. Paling kurang pun, telur goreng kan. Kali ni Admin nak share satu resepi yang memang sedap dimakan dengan nasi panas. Confirm memang akan bertambah je.

Jom. 

Terima kasih Mahfuzah Aidi  untuk perkongsian resipi Telur Air Asam ini 🙂

Bahan-Bahan:

Telur

Bawang merah

Cili

Air asam jawa

Gula

Garam

Ajinomoto (Optional)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, rebus telur selama 5 minit. Jika buat telur separuh masak, ianya akan jadi lebih sedap.
  2. Seterusnya, hiris bawang dan cili.
  3. Kemudian, jangan lupa untuk buat air asam jawa.
  4. Letakkan sedikit gula dan garam  dan ajinomoto (kalau taknak letak pun tak apa).
  5. Selepas itu, tuangkan atas telur rebus yang sudah dibelah dua.
  6. Biarkan dalam masa 5-10 minit supaya kuah tersebut serap dalam telur dan menjadi lebih sedap.

Makan dengan nasi panas-panas tau. Memang sedap hingga menjilat jari.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mahfuzah Aidi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x