Duduk rumah sekarang susah nak jumpa Tart Telur ni, rupa-rupanya mudah je nak buat. Bahan-bahan pun memang mudah nak cari, semua ada kat rumah je.
Terima kasih Elaine Lee untuk perkongsian resipi Tart Telur Portugis ini 🙂
Bahan-bahan:
8 keping Square Puff Pastry
75g whipping cream
2 biji telur
50g gula pasir
110ml air panas
Cara memasak:
- Masukkan air panas dan gula pasir dalam bekas, kacau dan sejukkan. Kemudian, masukkan telur dan whipping cream, kacau rata dan ketepikan. Masukkan campuran ini ke dalam peti sejuk sehingga sejuk selama setengah jam.
- Keluarkan kulit puff pastry dari peti sejuk dan biarkan selama 5 minit. Gulungkan kulit puff pastry itu (macam bentuk hotdog).
- Seterusnya, balutkan kulit puff pastry kedua di luar gulung pertama.
- Potong kulit puff pastry menjadi 3 bahagian.
- Masukkan dalam bekas acuan pastry puff, tekan jadi rata mengikut bentuk acuan.
- Cucukkan beberapa lubang dengan garpu pada bahagian bawah pastry tadi (Ini adalah untuk mengelakkan kuning telur menggembung semasa memasak).
- Tuangkan campuran (yang dibuat semasa Langkah 1) ke dalam kulit puff pastry.
- Panaskan Air fryer pada suhu 160c dan masanya selama 5 minit. Kemudian, masukkan tart Portugis dan bakar selama 15 minit.
Selepas 15 minit, sesuaikan suhu hingga 180c dan bakar selama 5 minit tambahan, dan biarkan tart Portugis berwarna kegaringan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Elaine Lee (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos