fbpx

Resepi Special Hari Raya, Makaroni Berkeju Cornflakes 🧀

iCookAsia

Hari Raya dah dekat. Nak jamu apa dekat tetamu nanti? Jom kita cuba resepi Makaroni Berkeju yang creamy dan sedap dengan menggunakan produk dari Nestlé Gold Cornflakes.

Mudah sahaja nak buat. Kami memang recommend anda semua try, buat lebih sikit tau. Sebab confirm berebut tetamu nak makan.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 1 jam
Jumlah hidangan: 6 hidangan

Bahan-bahan
200gm makaroni, dimasak al dente
½ sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
1½ cawan susu rendah lemak
½ cawan krim masakan rendah lemak
1 cawan parutan keju cheddar
1 cawan parutan keju parmesan
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk lada hitam

A (dicampur)
1½ cawan Nestlé GOLD Cornflakes (diramas)
½ cawan serbuk roti putih
½ cawan parutan keju Mozarella
2 sudu besar mentega cair

Cara Penyediaan
1. Rebus makaroni sehingga empuk, tuskan dan gaul dengan minyak. Ketepikan.
2. Cairkan mentega, masukkan tepung dan kacau 1 minit.
3. Tuangkan susu dan krim, kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan cheddar, parmesan, garam dan serbuk lada hitam, kacau sebati.
5. Tambah makaroni, kacau rata.
6. Ratakan ke dalam bekas kaserol yang sudah dilengser mentega.
7. Taburkan campuran A ke atas makaroni. Tutup dengan foil.
8. Bakar pada 180⁰C selama 25 minit. Ketepikan foil.
9. Bakar selama 10 minit lagi sehingga keemasan.

Jom dapatkan di pasaraya berdekatan atau online di:

Shopee: https://bit.ly/cornflakesshopee
Lazada: https://bit.ly/cornflakeslazada

#resepi #raya #nestlegoldcornflakesmy
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x