Kebiasaannya, bila kita bercakap mengenai resepi-resepi yang datang dari Terengganu ni, memang semuanya sangat sedap. Dari segi keunikkan juadahnya tersendiri pun sudah mampu menarik mata-mata yang memandang. Mana tidaknya, tengok sahaja pun sudah tahu sedap, apatah lagi rasa masakan tersebut.
Jadi, resepi kali ini akan reveal salah satu masakan tradisional yang agak terkenal tapi kali ini versi Terengganu. Jom kita cuba!
Terima kasih Hanieliza Kamarudin untuk perkongsian resipi Ikan Singgang Pedas ini 🙂
Bahan-Bahan:
4 ekor ikan kerisi
5 biji cili api
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 cawan air
5 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 kuntum bunga kantan (harus dibelah kepada dua)
8 tangkai daun kesum
 Cara penyediaan:
- Â Pertama sekali, ikan kerisi perlulah dibuangkan sisiknya dan dibersihkan serta kelarkan ia.
- Masukkan cili api, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.
- Masukkan bahan yang telah dikisar, asam gelugor, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
- Seterusnya, biarkan ia mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.
- Siap untuk dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hanieliza Kamarudin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos