Kalau masakan menggunakan Spagetti ini memang confirm akan digandingkan bersama kuah ala western seperti beef/chicken bolognese, carbonara, aglio olio, dan sebagainya. Hidangan western ini boleh dikatakan senang untuk membuat dan cara penyediaan pun cepat sahaja.
Tetapi, ada sesetengah orang tidak boleh makan atau tidak kena tekaknya dengan hidangan western ini. Jadi, dengan itu seorang pengguna Facebook telah berkongsikan resipi Spagetthi tetapi kuah nya adalah sardin. Nampak macam pelik kerana gandingannya masakan Melayu, tetapi ia sebenarnya sangat sedap. Cubalah, mana tahu anak-anak anda suka?
Terima kasih No Or untuk perkongsian resipi Spaghetti Sardin ini 🙂
Bahan-bahan:
1/2 paket spaghetti direbus
*Semasa merebus, masukkan 2 sudu besar minyak zaitun dan sedikit garam ke dalam rebusan air.
Bahan Sos:
1 tin kecil sardin
1 tin Sos Pasta Adabi yang ada cendawan tu.
1 biji bawang besar di potong dadu
1 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 biji lobak merah (disagat)
1 sudu teh cili kisar (ikut suka)
Sedikit serbuk oregano
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun (untuk menumis)
Cara memasak:
- Tumis bawang putih, bawang merah. Dah wangi masukkan cili kisar.
- Dah pecah minyak, masukkan sardin. Kacau sambil hancur-hancurkan isinya.
- Kemudian masukkan sos pasta cendawan dan lobak merah. Masak sehingga sebati.
- Selepas itu, masukkan serbuk oregano dan garam, bila dah cukup rasa boleh lah diangkat.
- Hidangkan bersama spaghetti yang dah direbus tadi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: No Or (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/