fbpx

Resepi Sedap Tak Terkata, Sambal Belacan Tomyam. Letak Bawang Putih Yang Besar, Untuk Bagi Naik Bau.

iCookAsia

Siapa penggemar pedas dan sambal belacan ini? Mesti ada juga yang jenis suka dan teringin nak makan sambal belacan macam di kedai Tomyam tu kan? Biasa lah tu, bila ada satu tempat yang kita suka. Mesti tempat situ sahaja yang kita pergi untuk makan. 

Tetapi, musim PKP ni. Kalau anda takut nak order di luar. Jangan risau. Kali ini, perkongsian resipi Sambal Belacan Tomyam. Kenapa tomyam? Sebab rasa nya, tekstur nya ala ala di kedai Tomyam tu. Memang sedap lah!

Terima kasih Ummu Naim Qalaq untuk perkongsian resipi Sambal Belacan Tomyam ini 🙂

Bahan-bahan:

10 biji cili api

3 biji cili merah

3 ulas bawang putih yang besar (kalau kecil-kecil letakkan 5 biji)

Belacan hitam dan putih (bakar/ goreng dulu)

Gula

Garam

Perisa Ajinomoto (jika suka)

Asam kasturi pun agak banyak, biar masam (ambil jus saja)

*Boleh campur  sikit cuka jika perut tak ada masalah.

Cara membuat:

  1. Blend semua guna butang pause. Tidak mahu halus sangat (kasar cam kedai tom yam selalu kita makan tu).
  2. Perasa secukupnya. Biar sama naik rasanya.

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ummu Naim Qalaq (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x