fbpx

Resepi Sedap Makaroni Goreng, Buat Untuk Breakfast Pun Sesuai

iCookAsia

Kadang-kadang mesti teringin makan western food kan? Apa kata cuba buat Makaroni Goreng ini? Wanita ini telah kongsikan resepi jualannya yang memang menjadi tarikan pelanggan nya. Terbukti sedap kan? Rugi kalau tak cuba tau.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Noor Khadijah perkongsian resipi Makaroni Goreng ini πŸ™‚

Bahan-bahan:

1 paket makaroni kimball

1 labu bawang holland dicincang

2 labu bawang putih dicincang

1 paket sosej

1 paket bebola ikan

1 paket burger ayam ramly (dicincang dadu)

1 tin sos kimball tradisional

4 sudu besar sos cili

4 sudu besar sos tomato

4 sudu besar sos tiram

4 sudu besar serbuk cili

4 sudu besar rempah kari

4 sudu besar lada hitam

4 sudu besar oregano

4 sudu besar kicap lemak manis jalen

1 paket cendawan

1 paket sayur campur kecil

1 tangkai daun ketumbar

4 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

2 sudu besar cukup rasa

1 kiub ayam

(Kalau tak makan bahan perasa, tidak perlu letak)

Bahan (Hiasan):

Daun parsley

Cheese parmesan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gorengkan sosej, burger ayam ramly dan bebola ikan terlebih dahulu. Ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, masukkan tumis bawang besar sehingga kuning.
  3. Kemudian, masukkan bawang putih dah kuning. Masukkan pula serbuk cili dan serbuk kari. Sewaktu ini, masukkan air rebusan makaroni cepat-cepat kerana takut hangus serbuk kari dan serbuk cili.
  4. Seterusnya, masukkan air rebusan makaroniΒ  sedikit jangan banyak, agak-agak.
  5. Kemudian, masukkan sos kimbal, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  6. Jika sudah mendidih, masukkan sosej, burger ramly dan bebola ikan. Perasakan dengan gula, garam, cukup rasa serta kuib ayam.
  7. Selepas itu, masukkan sayur campur dan cendawan.
  8. Akhir sekali, masukkan makaroni dan kacau-kacau sudah siap. Taburkan daun ketumbar atau daun parsley.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! πŸ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Noor Khadijah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x