fbpx

Resepi Sambal Tumis Kerang Versi Tak Buang Kulit Kerang. Pastikan Cuci Bersih Baru Masuk Dalam Masakan.

iCookAsia

Masakan kerang ini tidak lah begitu popular. Tetapi, kalau buat sesetengah orang yang suka akan kerang, masakan Sambal Tumis memang menjadi pilihan. Macam lauk tambahan dalam Nasi Lemak biasa? Betul tak?

Tetapi, yang berlainannya resipi kali ini apabila seorang pengguna Facebook ini memasak kerang tanpa menanggal atau membuang kulit kerang tersebut dalam masakan. Pelik tapi katanya lebih sedap. Jom cuba? 

Terima kasih Nurul Ain Muhamad Hassan untuk perkongsian resipi Sambal Tumis Kerang ini 🙂

Bahan-bahan:

Kerang 

Bawang besar 2 biji (dihiris)

Serai 1 batang (diketuk)

Bawang Putih/Merah (dikisar)

Cili Kisar

Daun Kesum (dihiris)

Bunga Kantan 1 batang (dihiris)

Daun bawang (dihiris)

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang besar yang dihiris sekali dengan serai yang telah diketuk hinga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bawang merah/putih yang telah dikisar. Tumis lagi sampai sedikit garing. 
  3. Masukkan cili kisar ikut pada sukatan masing-masing. Suka lebih, boleh lebihkan. Tak suka boleh kurangkan. Masak cili sampai betul-betul masak dan pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan gula garam dan serbuk perasa secukupnya. 
  5. Seterusnya, masukkan hirisan daun kesum dan hirisan bunga kantan.

*yang ini Optional (pilihan masing-masing). Nak letak boleh, tak nak letak pun tak apa. Untuk wangi sahaja.

  1. Apabila sudah agak sedikit kering sambal itu, boleh masukkan kerang yang sudah dicuci bersih.
  2. Tutup kuali dalam 5 ke 10 Minit. Kemudian taburkan daun bawang yang telah dihiris. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ain Muhamad Hassan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x