Orang melayu ini memang tak boleh hidup tanpa masakan pedas. Terutamanya hidangan sampingan Sambal Belacan. Wajib ada pada setiap hidangan kita tu.
Tetapi pernahkah anda cuba Sambal Tomato? Rasa yang pedas dan sedikit masam memang betul-betul ‘ngam’ tau! Rugi ni tak cuba. Jom buat!
Terima kasih Shiela Ramli untuk perkongsian resipi Sambal Tomato ini 🙂
Bahan A :
7 biji cili padi hijau
7 biji cili keriting hijau
5 biji cili padi merah
5 biji cili keriting merah
1 biji buah tomato merah
5 biji bawang merah
Bahan B:
Garam
Gula
2 sudu masak air limau kasturi
Cara penyediaan:
- Tumis bahan A hingga layu.
- Masukkan dalam lesung batu dan tambahkan garam dan gula. Uli hingga sedikit hancur.
- Akhir sekali, masukkan air perahan limau kasturi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Shiela Ramli (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos