fbpx

Resepi Sambal Sotong Paling Mudah Sekali. Beli Sotong Besar Sikit, Baru Dapat Banyak Potong Banyak.

iCookAsia

Masakan Sambal ini dikatakan susah buat sesetengah orang. Ada juga yang rasa memasak Sambal ini leceh atau renyah sebab iya lah, nak tunggu cili kisar sampai pecah minyak tu yang lama. 

Anda jangan risau, tunggu pecah minyak itu memang biasa tetapi admin boleh jamin, nak masak lauk ini dengan mengikut resepi daripada seorang pengguna Facebook ini memang sangat mudah. Untuk yang baru nak belajar, boleh ikut resipi ini. 

Terima kasih Iedaa Jahaya untuk perkongsian resipi Sambal Sotong ini 🙂

Cara memasak:

  1. Sotong dipotong, cuci dan toskan.
  2. Sediakan cili kisar bersama bawang merah.
  3. Sotong digoreng tanpa minyak sekejap untuk buang air sotong. Kemudian, angkat dan toskan.
  4. Tumis cili kisar hingga masak. 
  5. Masukkan 2 sudu kecil gula.
  6. Kacau seketika. Selepas itu, masukkan jus asam jawa sikit.
  7. Masak hingga naik minyak. 
  8. Masukkan sotong. Masak sekejap sahaja. Kemudian, perasakan dengan garam. Nampak kuah dah pekat dan sudah bersalut sotong dengan sambal, boleh tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x