fbpx

Resepi Sambal Bilis Kering. Peniaga Ini Kongsi Cara Masak Yang Confirm Buat Ketagih!

iCookAsia

Selain telur masak kicap, hidangan Sambal Bilis Kering juga menjadi kegemaran ramai bila tak tahu nak makan apa lagi dah. Hidangan ini juga menjadi peneman buat siapa yang sedap nak berjimat. Selalu dimakan dengan Nasi Putih Panas-panas. Itu pun dah sedap!

Apa-apa pun, Sambal Bilis ini sesuai dijadikan hidangan sampingan. Jom ikuti seorang peniaga di Shopee ini dalam buat resepi Sambal Bilis Kering. Confirm sedap sebab memang dah dijadikan jualan di Shopee tau! 

Terima kasih Sara Long untuk perkongsian resipi Sambal Bilis Kering ini 🙂

Bahan-bahan:

Bilis 1kg (kalau nak sedap cari bilis yang nipis)

300g Cili kering gemuk (tidak pedas)

150g Cili kering pedas (kalau nak pedas, letak banyak)

Pati bilis Knorrs 2 ketul

250g Bawang goreng

Gula halus/ kisar sahaja gula biasa 

Garam 

Cara membuat:

  1. Cuci bilis dan toskan. Goreng sampai garing
  2. Basuh cili kering dan toskan. Masak guna Air Fryer hingga rangup. Sudah masak tumbuk-tumbuk atau patah-patahkan nanti toskan guna jaring nk buang biji-biji cili. Kisar kering sampai jadi chili flakes.

*Pakai glove dan mask ya nanti terbatuk menangis-nangis kena habuk cili.

  1. Panaskan 3 sudu minyak masak. Masuk pati bilis kacau sampai hancur.
  2. Masuk cili kisar tadu, gula dan garam. Kacau-kacau sampai sebati. Api kena kecil nanti hangus cili rasa pahit. Kacau dalam 5 minit dan tutup api.
  3. Masuk bilis dan bawang goreng. Gaul sebati. Rasa untuk pastikan cukup manis dan manis. 

*Kalau nak tambah tempe/ kacang pon boleh. Goreng sampai garing dulu, campak sahaja semua dan gaul.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sara Long (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x