Belimbing buluh ini berasal dari negara kita sendiri, Malaysia dan juga Indonesia. Jika anda tidak tahu, Belimbing Buluh ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Contohnya, ianya boleh mengubati batik. Daunnya juga mempunyai khasiatnya. Tetapi, Admin bukannya nak bercerita tentang fakta Belimbung Buluh ini.
Admin nak kongsikan resepi Sambal Belimbing Buluh yang sangat sedap. Sambal ini memang sangat sedap. Rupanya memang tidak lah begitu menarik, tetapi sekali cuba pasti nak lagi. Ada rasa yang unik, boleh buat anda ketagih dengan Sambal Belimbing Buluh ini.
Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Sambal belimbing buluh ini 🙂
Bahan-bahan:
6 labu bawang besar (sederhana besar)
8 ulas bawang putih
1 1/2 senduk cili kering kisar
1 mangkuk ikan bilis
1 mangkuk belimbing buluh (20 biji)
3 sudu besar gula merah (dibancuh bersama sedikit air dan ditapis)
Garam
Cara membuat:
- Kesemua bahan dikisar sekata bersama sedikit air.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi sehingga terbit minyak.
- Masukkan garam. Kecilkan api dan masaklah sehingga agak garing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos