fbpx

Resepi Roti Pizza Tuna Yang Paling Mudah. Kalau Malas Nak Keluar, Boleh Cuba Buat Di Rumah. Anak-Anak Pasti Suka!

iCookAsia

Sekarang ini, pelbagai cara untuk membuat menu atau hidangan pastry di rumah dengan cara mudah. Contohnya, hidangan pizza. Hanya menggunakan roti sahaja, anda boleh menikmati menu ala ala pizza di rumah. 

Untuk perkongsian resipi pada kali ini, beliau berkata ini adalah inspirasi resipi daripada penggunakan Instagram Ain (cookby_ain). Beliau juga membuat resipi ini kerana permintaan daripada anak-anak. Sesuai sangat dibuat untuk minum petang atau makan malam kan? 

Terima kasih Suriawati Amirnuddin untuk perkongsian resipi Pizza Tuna ini 🙂

Bahan-bahan:

4 keping roti Gardenia

2 biji telur

Mozzarella cheese

Mayonis

Thousand Island mayo

Cendawan butang

Nenas

Tuna mayonis

Sos cili

*Nak tambah bawang holland juga boleh. 

Cara penyediaan:

  1. Potong kecik/ dadu roti gardenia.
  2. Masuk ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan telur bagi rata.
  3. Sapu minyak kat kuali dan tuangkan roti tu tadi. Susun rapat-rapat bagi bulat.
  4. Sapukan dengan sos cili dan mayonis, diikuti dengan tuna, cendawan dan nenas.
  5. Masukkan thousand island dan mozarella cheese.
  6. Tutup kuali biar pizza masak sekata dengan api perlahan.
  7. Siap, potong dan marilah makan.

Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Suriawati Amirnuddin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x