fbpx

Resepi Roti John Cheese Leleh, Inti Lebih. Tak Payah Beratur Panjang Dah, Buat Je Sendiri Di Rumah. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Hidangan Roti John ini paling digemari ramai terutamanya pada bulan Ramadan. Kalau pergi atau singgah ke Bazaar Ramadan tu, gerai yang menjual Roti John ni semuanya penuh dan beratur panjang. Fuh!

Haa, daripada tunggu beratur panjang tu, jom jimat masa dengan membuat sendiri di rumah. Jimat pun jimat. Yang paling best apabila kita dapat lebihkan inti ikut suka dan ditambah dengan cheese yang bikin leleh punya!

Terima kasih Iza Abu Bakar untuk perkongsian resipi Roti John Cheese Leleh ini 🙂

Bahan-bahan:

4 biji telur (dipukul)

1 sudu kecil serbuk lada putih

1 sudu besar serbuk rempah kari

1 biji bawang besar (dipotong dadu)

2 biji bawang putih (dipotong dadu)

Roti panjang (dibelah 2)

Kobis (dihiris nipis)

Kepingan cheese

Mayonis

Sos cili

Ayam cincang/daging cincang

Garam secukupnya

Minyak masak

Cara membuat:

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam cincang, serbuk kari, serbuk lada putih dan garam secukupnya. Kacau sebati dan biarkan sehingga ayam masak.
2. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

3. Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti ayam tadi. Kacau rata hingga sebati.

4. Potong roti kepada dua bahagian, tapi jangan sampai putus ye.


5. Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grill kan atas kuali sekejap dan angkat.
6. Kemudian masukkan sedikit minyak di dalam pemanggang dan tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkan seketika.
7. Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi.

8. Ambil roti yang dibelah tadi dan terlangkupkan di atas inti. Tekan tekan sedikit dan biarkan masak sebentar.
9. Bila sudah masak, balikkan roti seketika dan angkat
10. Letakkan mayonis, sos cili dan kobis yang telah dihiris nipis. Potong roti pada beberapa bahagian.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Iza Abu Bakar (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x