Kalau dah bosan makan roti jala cicah kari, jom kita cuba pula roti jala coklat. Kalau roti jala coklat ni, anak-anak biasanya mesti suka kan. Bolehla buat minum petang atau sekadar snek.
Terima kasih Asmida Nor untuk perkongsian resipi Roti Jala Coklat ini 🙂
Bahan-bahan Roti:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
4 sudu besar milo
2 sudu serbuk koko
Acuan roti jala
Cara memasak:
- Blend kan semua bahan sampai sebati.
- Panaskan non stick pan, tuangkan minyak sedikit untuk acuan pertama dan boleh masak roti jala.
Gunakan SHEFU 32cm Eco Ceramic Non Stick Wok untuk hasil roti jala yang cantik dan tidak melekat!
Bahan-bahan Sos Coklat:
3 sudu susu pekat
2 sudu serbuk koko
3 sudu milo
2 sudu minyak masak
1/4 cawan air
Cara membuat: Campurkan semua bahan dan masak secara double boil. bila dah sebati dan pekat boleh angkat dan tapis.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Asmida Nor (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos