fbpx

Resepi Rendang Daging Yang Mudah Dan Terlajak Sedap. Anda Mesti Cuba! | iCookAsia

iCookAsia

Rendang Daging antara hidangan tradisi Melayu apabila tiba musim Raya. Tetapi, buat anda yang rindu suasana Raya sekarang ni, boleh lah cuba masak resipi Rendang Daging yang dimasak menggunakan periuk Low Pressure Cooker dari SHEFU daripada Chef Lin ini. Mudah, cepat dan sedap!

Rendang Daging

4 sudu besar minyak
500g daging, dipotong kecil
Air separas daging
150ml santan
1 helai daun kunyit, dikoyak
1 keping asam gelugur
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil garam

Bahan Kisar:
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 batang serai
1/2 inci kunyit
4 sudu besar pes cili

Sangai & kisar/tumbuk
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih

Panaskan minyak di dalam LP Cooker, tumis bahan kisar dan rempah sehingga terbit minyak.
Masukkan daging dan air. Tutup dan masak atas api sederhana sehingga wap keluar (lubang merah).
Perlahankan api. Masak selama 15 minit.
Bukan penutup, tuangkan santan, daun kunyit, asam gelugur, gula merah, kerisik dan garam
Masak lagi sehingga pekat dan terbit minyak

Dapatkan produk SHEFU ‘Low Pressure Cooker’ di https://shop.icookasia.my/

Want to be featured in our video? email us at partner@icookasia.my
—————————————-
Visit iCookAsia for more recipes: https://icookasia.my for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
——————–
for advertising enquiries, please email to: sales@icookasia.my

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x