Sedia untuk mencuba resepi puding yang sedang viral di TikTok? Puding Sumi yang mudah dan sedap ini pasti menjadi kegemaran keluarga dan rakan-rakan korang!
Selalunya musim cuti sekolah macam ni ramai yang buat majlis kenduri lah sambutan birthday lah ataupun berkumpul ramai-ramai denga family besar. Tapi masih taktahu nak buat dessert apa untuk dihidangkan.. So apa kata kita buat puding sumi ni confirm sejuk tekak, manis semanis senyuman semuaaa!
Bahan-Bahan:
- 2 tin susu cair
- 1 cawan susu segar
- 1 cawan air
- Secubit garam
- 1 sudu teh esen vanila
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar tepung kastard
- 10g serbuk agar-agar
- Sumi
Cara Penyediaan:
- Masukkan susu cair, susu segar, air, garam, esen vanila, susu pekat manis, tepung kastard dan serbuk agar-agar ke dalam periuk
- Kacau sampai semua sebati, baru hidupkan api. Kemudian kacau sampai cantik permukaannya.
- Buka sumi dan letakkan dalam bekas dan korang boleh tuangkan kuah kat atas.
- Selepas dah sedikit sejuk boleh masukkan dalam peti sejuk!
- Selamat mencuba!
Resepi Puding Sumi ini sesuai untuk apa jua majlis, sama ada kenduri, hari jadi, atau sekadar pencuci mulut untuk keluarga. Mudah disediakan dan pasti memikat hati sesiapa sahaja yang menikmatinya.
Suka dengan resepi ini? 👍 Jangan lupa untuk Follow iCookAsia untuk lebih banyak resepi menarik dan tips memasak! Klik pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut: [affiliate link]
Selamat mencuba dan semoga hidangan anda disukai ramai!