Pencuci mulut Puding Karamel menjadi pilihan ramai kerana cara membuatnya sangat mudah, iaitu dengan menggunakan teknik mengukus. Ada sesetengah daripada kita yang menggunakan teknik membakar, tetapi jarang sekali. Teknik mengukus tetap menjadi pilihan kerana ia akan membuahkan hasil yang sangat lembut. Ianya juga salah satu teknik yang membuatkan resepi tersebut Anti-Gagal. Menarik kan?
Tetapi, pernahkah anda membuat Puding Roti Karamel tanpa teknik mengukus? Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau hanya memasak semua bahan dan biarkan dalam peti sejuk sahaja. Nampak hasilnya sangat cantik. Jom cuba!
Terima kasih Anita Abd Rahman untuk perkongsian resipi Puding Roti Karamel ini 🙂
Bahan-bahan:
3 sudu besar gula pasir, jadikan gula hangus
1 paket serbuk agar-agar 10 gram
4 cawan air
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanillaÂ
4 keping roti gardenia
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
Cara membuat:
- Gula pasir masuk dalam loyang masak hingga keperangan, sapu biar rata dalam loyang dan ketepikan.
- Carik-carikkan roti, masukkan susu cair, susu pekat manis, telur dan kisar.
3. Gula, serbuk agar-agar dan garam masukkan ke dalam periuk. Kacau biar sebati dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau.
- Selepas itu, masak atas dapur. Kacau sehingga masak dan mendidih.
- Angkat dan tuangkan ke dalam loyang. Biar sejuk dan masuk dalam peti ais, apabila sudah sejuk, terbalikkan ke dalam bekas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Anita Abd Rahman (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos