fbpx

Resepi Pizza Roti Air Fryer Mudah Sangat

iCookAsia

Musim duduk rumah ni memang kena kreatif supaya tak bosan kan, lagi-lagi bila waktu makan. Anda boleh cuba resepi ini kalau takda selera. Kenyang pun kenyang juga. 

Terima kasih Norashikin M. Nor untuk perkongsian resipi Pizza Roti ini 🙂

Bahan-bahan:

2 keping roti putih (dipotong kecil)

1 biji telur

Sayur pilihan

Sosej, dipotong nipis

Hirisan keju cheddar

Daun parsley utk hiasan

Cara memasak:

  1. Pecahkan dan pukul telur kemudian gaulkan bersama roti yang telah dipotong kecil tadi.
  2. Masukkan sayur campur jika suka dan sosej.
  3. Paipkan sos dan mayonis.
  4. Taburkan hirisan keju cheddar.
  5. Bakar di dalam AF pada suhu 180°C selama 10 minit atau sehingga pizza kuning garing keemasan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norashikin M. Nor (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x