Admin pasti ramai yang biasa dengar Pengat Bebola Durian. Tetapi pernahkan kita terfikir untuk tukar bentuk bebola itu pada bentuk Durian sendiri? Cuma, bentuknya mini.
Seperti seorang pengguna Facebook ini, dengan kreatifnya membuat bentuk Durian. Cantik betul hasilnya. Hanya perlu kerajinan dan kesabaran ya nak buat bentuk Durian ni. Hehe, jom cuba sebelum musim Durian habis.
Terima kasih Yuri Yuriana untuk perkongsian resipi Pengat Bebola Durian ini 🙂
Bahan-bahan:
250gm tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum (optional)
Isi durian secukupnya
Garam
Air
Pewarna kuning
Cara membuat:
- Gaul dulu isi durian, sedikit garam dengan tepung pulut. Kemudian, baru masukkan air sedikit demi sedikit. Uli smpai jadi doh dan tak melekat pada tangan.
- Letakkan pewarna kuning sedikit dan tinggalkan sedikit doh yang tak letak pewarna untuk buat tapuk putih.
- Ambil sedikit doh dan gentel pada bentuk bulat dulu. Selepas itu, bentukkan tajam pada hujung macam bentuk isi durian seulas. Ambil sedikit doh warna putih dan tampal pada tengahnya seperti dalam gambar.
- Apabila sudah siap dibentuk, masakkan air sampai mendidih dan baru masukkan doh yang siap bentuk tadi. Masak sampai terapung. Angkat dan rendam dalam air sejuk sekejap. Kemudian, sejat.
Bahan untuk Kuah:
Santan
Daun pandan
Manisan/gula melaka/gula merah
Gula
Garam
Isi durian
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan dan masak atas api.
- Agak-agak macam nak mendidih tu, boleh masukkan doh bentuk durian yang siap rebus tadi.
*Kacau jangan sampai mendidih sangat. Nanti pecah santan, tak cantik pula pengat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Yuri Yuriana (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos