fbpx

Resepi Pekat KAW, Kari Kepala Ikan Tanpa Menggunakan Santan. Sedap Betul!

iCookAsia

Kalau anda penggemar hidangan masakan Kari, sudah pasti anda suka akan kuah Kari yang betul-betul pekat dan sedap. Tidak boleh cair Kuahnya, tak puas rasa bila makan bersama Nasi putih panas-panas. Bagi penggemar Kepala Ikan pula, sudah pasti anda suka ia digandingkan dengan masakan Kari. 

Haa, musim PKP ni mana pula nak cari tempat yang buat Kari Kepala Ikan kan? Jangan risau, jom Admin kongsikan resepi Kari Kepala Ikan yang tidak menggunakan Santan, supaya anda senang untuk buat di rumah. Rugi tau tak cuba!

Terima kasih malina_lina_pg untuk perkongsian resipi Kari Kepala Ikan ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ketul kepala ikan jenahak

2 tangkai daun kari

1 labu bawang besar (hiris)

7 ulas bawang merah (tumbuk)

3 ulas bawang putih (tumbuk)

1 cm halia (tumbuk)

1 sk halba campur

2 paket kecil serbuk kari ikan

1 sudu besar cili giling

1 cm gula nisan/gula melaka

2 sudu besar beras (sangai dan tumbuk halus)

Air asam jawa (anggaran 1 cawan)

Air secukupnya untuk kuah

Bendi, cili padi, cili merah dan tomato

Garam dan perasa/gula

Minyak masak untuk menumis

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak masak untuk menumis daun kari, bawang besar, halba campur hingga naik bau.Kemudian masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling dan serbuk kari. Masukkan sedikit air supaya rempah kari tidak hangus. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula nisan/gula melaka, beras sangai (yang ditumbuk halus), air asam jawa dan air secukupnya (untuk kuah).
  4. Masukkan garam, perasa/gula dan cili padi. Seimbangkan rasa dan biarkan mendidih dan kuah pekat.
  5. Masukkan kepala ikan, tutup periuk supaya ikan masak.
  6. Terbalikkan kepala ikan, masukkan bendi dan tomato. Biarkan ikan masak dengan sempurna.
  7. Akhir sekali masukkan cili merah. Tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: malina_lina_pg (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x