Kalau bercakap mengenai resepi ni, setiap negeri ada resepi yang tersendiri. Daripada situ lah terserlah keenakan dan keunikan resepi tersebut. Kali ni, Admin nak kongsi satu resepi yang datang jauh dari Nismilan. Orang nogori ni mesti suka dengan lauk ni, buat makan dengan nasi panas-panas memang kombinasi yang mantap. Jangan risau lah, mudah je ni nak buat.
Jom Admin tunjuk resepi ni.
Terima kasih Adelwhooo untuk perkongsian resipi paru balado ini 🙂
Bahan-bahan:
2 bawang besar
4 bawang putih
1 genggam cili
2 inci halia
1 serai
1 sudu sos tiram
1/2 sudu asam jawa
Garam
Gula
1/2 kg paru
Kunyit
Cara penyediaan:
- Kisar kasar bawang besar, cili, bawang putih dan halia.
- Goreng setengah kilo paru yang telah direbus sampai empuk. Kemudian, salutkan dengan garam dan kunyit. Goreng paru tersebut sehingga garing.
- Tumiskan bahan yang telah dikisar sebentar tadi.
- Masukkan sebatang serai dan garam.
- Apabila sudah pecah minyak, masukkan satu sudu sos tiram, gula dan asam jawa (boleh letakkan air jika tidak mahu terlalu kering)
- Akhir sekali, masukkan paru tadi dan jangan kacau terlalu kasar.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Adelwhooo
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/video