Kalau ada hidangan Paprik Seafood dan dimakan dengan nasi panas, memang sedap dan perfect orang kata. Dengan rasa paprika yang boleh buat orang tambah berpinggan-pinggan lagi. Kalau buat sendiri resepi ini, lagi best.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ayu Shahidan perkongsian resipi Paprik Seafood ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Tumis):
3 ulas bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (tumbuk manja)
2 batang serai (tumbuk)
Daun limau
Bahan B:
Jagung kecik (potong)
Carrot (potong)
Cili blender (kalau nak pedas boleh letak banyak)
5 biji cili padi (tumbuk)- untuk extra pedas
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap
Seafood
Kiub ayam
Bahan C (Hiasan):
Bawang holland atau bawang besar (dihiris besar)
Cili merah (hiasan)
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bahan A.
- Masukkan carrot dan jagung serta kacau-kacau.
- Apabila sudah agak empuk, masukkan cili blender, cili padi, sos, kicap dan kiub ayam.
- Masukkan sotong dan kacau sampai sotong empuk.
- Masukkan udang dan kacau-kacaukan ia.
- Apabila udang sudah masak, tutup api.
- Masukkan bawang holland dan cili merah. Kacau sebatikan. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ayu Shahidan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity