Buat lah resepi cornflakes apa pun, mesti sedap rasanya. Bukan itu sahaja, cara nak buat pun mudah sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama pun. Yang penting, dengan rasa yang sedap, kuih ini mesti akan menjadi kuih yang cepat habis.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Azwa Kamarudin perkongsian resipi Cornflakes Caramel Susu ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
125 g butter
1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B:
320 g cornflakes
Cara membuat:
- Mula-mula, cairkan bahan A atas api kecil sampai gula cair dan berbuih sedikit. Tunggu kejap bagi suhunya turun sebelum dicurahkan dalam cornflakes.
- Kemudian, gaul rata dan pastikan semua cornflakes disalut dengan karamel tadi.
- Jika sudah rata, masukkan dalam paper cup dan bakar pada suhu 16- hingga 170 selama 5 minit.
- Boleh bakar lama sikit supaya perang-perang dan rangup.
Tips:
Nak masukkan dalam paper cup lagi mudah dengan menggunakan tangan berbanding sudu. Guna tangan mudah untuk padatkan isinya.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azwa Kamarudin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity