Kalau dapat makan Pajeri Nanas dengan nasi panas memang satu nikmat. Dengan kepekatan dan rasa yang luar biasa itu menjadikan hidangan tersebut lagi menarik. Dikatakan untuk pajeri tahan, pastikan kuah nya pecah minyak betul-betul.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ni. Jom kita try.
Terima kasih Mastura Burhanuddin untuk perkongsian resipi Pajeri Nanas ini 🙂
Bahan-bahan:
Sebiji nanas (saiz terpulang dan jangan terlalu ranum)
Dua paket kecil rempah kari daging Babas
Bawang merah saiz sederhana (Dihiris atau kisar halus)
Dua ulas bawang putih saiz kecil (Dihiris atau dikisar)
Sepotong halia (Dihiris atau dikisar)
Setangkai daun kari
Gula perang dua sudu makan (Bergantung pada selera masing-masing)
Garam secukupnya
Sepaket kerisik saiz sederhana
Udang kering sesudu makan yang direndam terlebih dahulu (Kuantiti banyak mana terpulang pada selera masing-masing)
3 sudu besar minyak masak
Rempah empat sekawan
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, bersihkan nanas dan potong ikut selera masing-masing.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis halia, bawang merah beserta bawang putih, empat sekawan dan daun kari.
- Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari daging yang telah dicampurkan dengan air. Biar rempah masak dan api guna mode sederhana.
- Untuk dapatkan kuah yang cantik, buat step pecah minyak sampai tiga kali. Maksudnya apabila rempah pecah minyak kita tambahkan secawan air, ulang langkah yang sama sampai tiga kali.
- Kemudian masukkan udang kering.
- Seterusnya, kerisik. Jangan lupa add on garam dan gula perang. Banyak mana amaun nak letak, terpulang pada selera masing-masing.
- Akhir sekali, baru masukkan nanas. Biarkan ia mereneh dan nanas mesra dengan rempah.
- Cuba rasa kuah itu, mana yang kurang boleh top up atau kurangkan. Di ulang mengikut selera masing-masing.
- Apabila semua sudah okay, boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mastura Burhanuddin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos