fbpx

Resepi Pai Cottage Jagung / Sheperd’s Pie. Makanan Terbaik Dunia, Tahun 2010!

iCookAsia

Hidangan Pai Cottage Jagung ini juga dikenali sebagai Sheperd’s Pie. Sangat sesuai kalau dinikmati bersama keluarga anda pada hari minggu kan? Jom cuba resepi yang daripada Chef Lin ini? Sudah pasti, hidangan akan menjadi lebih enak dengan menggunakan bahan daripada @Saji Malaysia Official​ 😋

Bahan lapisan atas:⁣
600g ubi kentang, dikupas dan dadu⁣
3 sudu besar Marjerin Seri Pelangi⁣
½ cawan Krimer Sejat Cair SAJI⁣
½ cawan parutan keju Cheddar⁣
Garam Gunung SAJI secukup rasa⁣

Bahan lapisan bawah:⁣
2 sudu besar Minyak MASAK SAJI⁣
1 labu bawang besar Holland, didadu⁣
3 ulas bawang putih, dicincang⁣
400g daging kisar⁣
2 sudu besar rempah kari⁣
1 sudu besar serbuk cili⁣
200g sayuran campur⁣
½ cawan air⁣
1 kiub stok daging⁣
2 biji cili merah⁣
2 sudu besar Sos Tomato SAJI⁣
3 sudu besar Sos Cili SAJI⁣
2 sudu besar tepung serbaguna⁣
1 tin (425g) jagung ‘cream-style’⁣
Garam Gunung SAJI secukup rasa⁣

Cara membuat:⁣
1. Rebus kentang sehingga empuk. Lecek dengan semua bahan lain dan ¼ cawan keju.⁣
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga layu.⁣
3. Masukkan bawang putih dan daging. Kacau sehingga daging masak.⁣
4. Tambah rempah kari, serbuk cili, sayur campur dan air. Kacau sehingga agak kering.⁣
5. Masukkan stok daging, sos tomato, sos cili, tepung, jagung, garam dan serbuk lada sulah. Masak selama 2 minit.⁣
6. Ratakan di dalam bekas 8 inci yang dilengser marjerin.⁣
7. Sudukan kentang lecek di atasnya. Bakar pada 180C selama 20 minit.⁣
8. Taburkan baki keju dan bakar lagi sehingga keju keperangan.⁣

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.my/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x