Pergi restoran mesti ramai yang order Tomyam kan? Tapi tak lengkap kalau tak ada Kailan Ikan Masin. Lagi sedap kalau ikan masin tersebut memang rasa, fuh lengkap hidangan untuk waktu itu. Buat sendiri lagi puas hati.
Terima kasih Dania Sedek untuk perkongsian resipi Kailan Ikan Masin ini 🙂
Boleh tengok video di bawah dengan lebih lanjut!
Bahan- bahan:
Dua ketul ikan tenggiri masin
Daun kailan
1 sudu bawang putih (ditumbuk)
Cili padi
Sos tiram
Sedikit sos ikan
Bawang holland
Tomato
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak. Masukkan dua ketul ikan tenggiri bersaiz kecil dan kacau dengan menggunakan teknik membuat supaya flavour nya kuat terasa.
- Kemudian, masukkan 1 sudu bawang putih dan kacau secara teknik membulat lagi.
- Masukkan pula cili padi dan pecahkan ia sewaktu memasak supaya ia lagi pedas.
- Masukkan pula sos tiram dan sos ikan. Gaulkan dan tambah air.
- Jika sudah menggelegak, masukkan hirisan bawang holland dan tomato. Gaulkan secara membulat. Pastikan api panas.
- Akhir sekali, masukkan daun kailan. Pastikan tutup api waktu ini dan terus kacau sehingga kelihatan cantik.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Dania Sedek(TikTok)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity