Asyik buat sup ayam atau daging saja, apa kata cuba buat sup ikan pula. Guna ikan merah lagi sedap tau! Nak buat sup ni pun punya lah senang. Menu ni pun sesuai untuk orang yang sibuk bekerja, yang tengah diet atau dalam pantang. Bahan-bahan yang digunakan juga tak susah nak cari.
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
3 sekawan: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga.
Bawang merah
Bawang putih
Lobak merah
Halia
Ikan merah
Daun sup
Tomato
Saderi
Serbuk cili
Garam
Perasa
Cara membuat:
- Panaskan minyak dan tumis 3 sekawan.
- Masukkan pula bawang merah, bawang putih, halia dan lobak merah.
- Kemudian, masukkan air dan biarkan selama 5 minit supaya lobak merah menjadi lembut.
- Selepas itu, masukkan ikan merah dan saderi. Biarkan sekejap supaya ikan masak dan boleh masukkan tomato, garam, perasa dan serbuk cili.
- Siap dan boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity