Bagi yang rindukan Melaka, jom kita cuba resipi laksa melaka ni. Nak pergi jalan-jalan Melaka tak tahu lagi bila. Jadi kita buat sendiri masakan dari sana. Boleh juga untuk melepas rindu nak pergi jalan ni.
Terima kasih Muhamad Muktamin untuk perkongsian resipi Nyonya Laksa Melaka ini 🙂
Bahan-bahan pes (Kisar)
2 biji bawang merah/besar
4 biji bawang putih
3 biji buah keras
3 batang serai dihiris
2 inci lengkuas dihiris
2 inci kunyit dihiris
2 inci belacan dibakar/goreng
5 biji cili merah *saya guna cili padi merah
Segenggam udang kering *direndam
Kisar Berasingan:
Cili kering secukupnya
Udang segar mentah (boleh juga dicincang halus)
Bahan Kuah Laksa:
10-20 ekor udang segar
1 senduk minyak masak/secukupnya
Santan pekat (1 biji kelapa)
Air rebusan udang
Air rebusan kulit dan kepala udang yg dikisar dan ditapis
1 biji kiub ayam
1 ikat kesum dihiris nipis *secukupnya
Garam dan gula/gula Melaka secukup rasa
Bebola ikan/udang
Bebola sayuran
Taufu kering
Taufu puff
Kek ikan/fish cake
Daun limau purut *kalau mahu *ni saya tambah
Sayuran hiasan:
Daun kesum dihiris nipis
Bawang besar dihiris
Taugeh celur *saya suka rangup mcm tu je
Bunga kantan dihiris
Timun *dihiris
Bahan Lain:
Laksa beras/bihun *saya lebih suka laksa beras
Sambal tumis cili
*saya ada sambal kerang je(2 dalam 1)
Telur rebus
Udang segar
Kerang segar
Tauhu goreng dihiris
Limau kasturi dipotong dua
Cara-cara memasak:
- Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak, kemudian cili kisar dengan cara sama.
- Masukkan air rebusan udang, air rebusan kulit dan kepala udang, santan pekat dan kiub ayam. Masak sehingga mendidih dan agak pekat.
- Kemudian masukkan daun kesum, daun limau purut (kalau nak) bersama bahan-bahan lain seperti taufu, bebola ikan, kek ikan dan lain-lain.
- Masak sehingga kuah mulai timbul minyak dan kuah pekat seperti dikehendaki. *lebih kurang 10-15minit
Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa. Susun sayuran dan bahan sampingan lain ikut kreativiti.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Muhamad Muktamin Abdul Karim(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos