fbpx

Resepi Nasi Minyak Simple Sahaja. Senang, Cepat Dan Sedap Tau!

iCookAsia

Mesti rindu nak makan Nasi Minyak kan? Biasa kita akan makan waktu kenduri kahwin sahaja. Jangan risau, Admin nak share satu resepi yang sangat simple dan anda harus cuba buat tau. Ini dia Nasi Minyak Simple orang panggil.

Cepat? Betul, jimat masa tau. Jom kita try.

Terima kasih untuk Cik Puan Sarah perkongsian resipi Nasi Minyak Simple ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Dikisar):

5 biji bawang merah

Setengah biji bawang besar

4 biji bawang putih

1/2 inci halia

Bahan B:

Kismis

2 sudu besar minyak sapi

Bunga lawang/buah pelaga/kayu manis

1 sudu besar Planta

Daun pandan

1 Kiub ayam

Setengah cawan susu cair

5 sudu besar minyak masak

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak masak atau minyak sapi atau planta dan tumiskan. Nak tumis dalam rice cooker pun boleh.
  2. Tumiskan 3 sekawan.
  3. Kemudian, masukkan daun pandan supaya wangi.
  4. Masukkan bahan yang telah dikisar dan biarkan ia kering sikit. Masukkan kiub.
  5. Seterusnya, masukkan kismis dan susu cair. Biarkan kering sikit.
  6. Masukkan beras. Pastikan beras cuci terlebih dahulu dan toskan.
  7. Akhir sekali, masukkan air dan masak nasi seperti biasa. Lebihkan air sedikit. Kalau nak masin, boleh letakkan sedikit garam.

Boleh dihidangkan bersama ayam masak merah. Nak hidang dengan lauk lain pun boleh, mengikut citarasa masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Sarah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x