fbpx

Resepi Nasi Mentega Bersama Ayam Nanas Masak Merah, Lauk Perayaan Kegemaran Ramai!

iCookAsia

Mak-mak mesti ada yang dah pening nak masak apa untuk berbuka, haa jom cuba Resipi Nasi Mentega Bersama Ayam Nanas Masak Merahni. Mesti keluarga suka tau ada menu baru 😄 Boleh juga cuba untuk menu hari Raya nanti!

Bahan Nasi Butter
2 sudu besar mentega
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 helai daun pandan, dipotong 3 inci
1 1/4 cawan Beras Wangi Horeca
2¼ cawan air rebusan ayam
½ sudu kecil garam
3 sudu besar parsli cincang

Bahan Ayam Masak Merah Bernenas
½ biji Nenas MD2, dipotong baji
1 ekor ayam, dipotong
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar Holland, dibelah 8
¼ cawan puri tomato
2 sudu besar sos tiram
1/3 cawan susu cair
6 tangkai daun sup, dipotong 1 inci
2-3 sudu besar gula Melaka
2 biji tomato, dibelah 6
Garam, serbuk kunyit, minyak secukupnya

Bahan Kisar:
2 labu bawang besar merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
3-4 sudu besar pes cili

Cara Membuat:
1.Untuk nasi: Cairkan 2 sudu besar mentega, tumis bawang putih sehingga wangi.
2.Masukkan Beras Wangi Horeca dan daun pandan. Gaul rata.
3.Tambah air rebusan dan garam. Ubah ke dalam periuk nasi eletrik.
4.Apabila nasi masak, masukkan baki mentega dan kacau dengan garfu.
5.Untuk nenas: Jerang 1 cawan air sehingga mendidih.
6.Masukkan Nenas MD2 dan masak sehingga lembut.
7.Angkat nenas dan simpan air rebusan.
8.Untuk ayam: Perap ayam dengan garam dan kunyit.
9.Goreng ayam separuh masak. Angkat.
10.Panaskan ¼ cawan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang besar Holland.
11.Apabila bawang layu, masukkan bahan kisar. Tambah air rebusan nenas.
12.Kacau sekali-sekala sehingga terbit minyak.
13.Masukkan puri tomato, sos tiram, susu cair, daun sup, gula Melaka, ayam, tomato, Nenas MD2 dan garam. Kacau rata dan biar mendidih.
14.Apabila ayam masak, angkat.
15.Taburkan parsli ke atas nasi semasa menghidang.
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x