Nasi Komok atau Khao Mok ni memang hidangan popular di Thailand, ala-ala nasi minyak kita tapi lain sedikit. Resepi ini tidak menggunakan rempah Komok namun rasanya memang sedap. Sekali-sekala kita tukar menu kan, tak la bosan hari-hari makan menu yang sama.
Terima kasih Hidayati Hana untuk perkongsian resipi Nasi Komok ini 🙂
NASI KOMOK
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi (rendam 30 minit, basuh dan toskan airnya)
1 -2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
3 sekawan *
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya
2 sdb rempah kurma +1 sdb serbuk kunyit + 1 sdk jintan putih (jika tiada rempah nasi komok)
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam
Garam secukupnya
Daun ketumbar
Cara memasak:
- Panaskan minyak tumis bahan * hingga naik bau.
- Masukkan rempah kurma + serbuk kunyit + serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air) dan daun pandan.
- Dah garing masukkan air + susu cair dan beras. Masukkan kiub pati ayam, perasakan dgn garam, taburkan daun ketumbar. Masak macam biasa.
AYAM KOMOK
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
4 batang serai *
2 inci halia *
1 sdb ketumbar *
Serbuk kunyit
Sedikit tepung gandum
Garam secukup rasa
Cara memasak:
- Kisar bahan-bahan yang bertanda *. Gaulkan dgn ayam. Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit dan garam. Perap selama 1 jam.
- Goreng dengan api sederhana.
SAMBAL KOMOK
Bahan-bahan:
6 biji cili merah
10 biji cili api (nak pedas lebihkan)
4 ulas bwg putih
Akar daun ketumbar
2 sdb cuka
Garam
Gula
Sedikit air
Cara memasak:
- Kisar semua bahan dan masak hingga sedikit pekat.
- Dah masak taburkan daun ketumbar.
** Hidangkan dgn sup ayam, timun, daun ketumbar dan keropok kering yg digoreng
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hidayati Hana (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos