Bila sebut je pasal nasi goreng, mesti ramai yang suka. Dengan kepelbagaian menu nasi goreng yang menjadikan ianya lagi sedap dan menarik. Kali ni, Admin nak share satu resipi yang sangat mudah dan senang sangat nak buat. Bukan itu sahaja, boleh makan waktu breakfast, lunch ataupun dinner.
Jom kita buat!
Terima kasih Siti Nadhirah Zainal Abidin untuk perkongsian resipi Nasi Goreng Ikan Rebus ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A (Untuk dikisar):
2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
4 biji cili besar
Segenggam lada kering (Direndam dengan air panas terlebih dahulu)
Bahan B:
Nasi putih
6 ekor ikan selayang rebus (Perlu direbus ikan bersama air, asam keping dan garam)
2 biji telur
Garam
Gula
Perencah masakan Hilal
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, tumiskan bahan kisar.
- Masukkan ikan rebus, pastikan isi nya sahaja dan kacau rata.
- Seterusnya, masukkan nasi putih dan gaulkan sehingga rata.
- Ketepikan nasi dan masukkan telur. Biarkan telur masak sedikit.
- Kemudian, kacau nasi bersama telur.
- Akhir sekali, tambahkan garam, gula dan perencah masakan mengikut citarasa masing – masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Nadhirah Zainal Abidin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos