fbpx

Resepi Nasi Goreng Cina, Simple Tapi Dijamin Sedap!

iCookAsia

Bagi sesiapa yang suka makan Nasi Goreng tapi tak suka pedas, anda boleh cuba resepi Nasi Goreng Cina ini tau. Ia dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook. Senang sahaja cara buatnya dan yang penting, tak pedas.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Har Ryea perkongsian resipi Nasi Goreng Cina ini 🙂

Bahan-bahan:

Nasi

5 ulas besar bawang putih (ketuk-ketuk dengan anak lesung dan cincang halus)

2 atau 3 sudu besar Serbuk Maggi Cukup Rasa

1 atau 2 sudu besar Minyak Bijan

Udang Hidup

4 atau 5 bji telur

1 mangkuk sayur campur

(Bahan-bahan bergantung pada sebanyak mana nasi yang digunakan. Kalau banyak nasi, tambah juga bahan-bahan yang lain)

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.
  2. Masukkan udang dan biarkan ia masak sekejap.
  3. Ketepikan udang, dan masukkan telur. Kecilkan api sikit supaya telur masak dengan elok. Kemudian, pecah-pecah kan telur tersebut.
  4. Seterusnya, masukkan nasi dan sayur campur. Gaul rata.
  5. Kemudian, taburkan Maggi Cukup Rasa dan kacau sekejap.
  6. Masukkan minyak bjian dan kacau lagi.
  7. Akhir sekali, boleh rasa jika mahu tambah lagi serbuk maggi cukup rasa atau minyak bijan mengikut citarasa masing-masing.
  8. Boleh angkat dan siap untuk dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Har Ryea(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x