fbpx

Resepi Nasi Beriani Tapi Tak Cukup Bahan. Tetap Sedap Dengan Lauk Kari Ayam Dan Acar Timun.

iCookAsia

Bila makan Nasi Beriani ni mesti di kenduri kahwin atau majlis keramaian. Rindu kan? Sekarang ni SOP pun dah sedikit longgar dan majlis kahwin pun dah boleh buat. Jadi inilah masanya untuk anda tunjukkan skills memasak anda. 

Senang je. Seperti seorang pengguna Facebook ini, bahan yang digunakan pun tidak lengkap. Iaitu tanpa Saffron dan Air Mawar untuk buat Nasi Beriani ini. Tapi tetap sedap bila dimakan dengan Lauk Kari Ayam dan Acar Timun. Jom buat! 

Terima kasih Nur Aqila Fathiah Azman untuk perkongsian resipi Nasi Beriani ini 🙂

Bahan-bahan untuk Nasi Beriani:

Minyak sapi 2 sudu besar

Minyak masak 2 sudu besar

Bawang merah saiz sederhana 1 biji-dihiris halus

Bawang putih 3-4 ulas-dihiris halus

Halia 1 inch-dihiris halus

Rempah nasi beriani 2 paket saiz sederhana

Beras basmati 6 pot

Air 7 pot

Pewarna merah (letak akhir sekali bila nasi dah masak) – letak dua tiga titik dan gaulkan.

Garam secukupnya

Secukup rasa Maggie

Serbuk Hilal

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
  2. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  3. Jatuhkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dah dihiris halus, tumis sehingga garing keperangan.
  4. Jatuhkan rempah nasi beriani yang dah dicampur dengan air. Tumiskan sebentar.
  5. Masukkan beras dan air secukupnya, terpulang berapa banyak yang mahu dimasak.
  6. Masukkan garam, secukup rasa dan serbuk hilal secukupnya.
  7. Masak.

*Titiskan pewarna merah apabila nasi sudah masak. Sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan untuk Kari Ayam:

Ayam seekor

Rempah kari Mak Siti 3 paket (boleh tambah kalau tak pekat)

Kulit kayu manis

Bunga lawang

Bawang merah saiz sederhana 2 biji (dihiris)

Bawang putih 4 ulas (dihiris)

Halia 1 inci (dihiris)

Tomato 3 biji (sebiji dihiris, lagi 2 biji potong 4)

Kentang 5 biji

Santan 1 paket kecil

Garam

Secukup rasa Maggie

Daun kari

Air

Minyak masak untuk menumis

Cara membuat:

  1. Tumis bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris halus. Tumis sehingga garing keperangan.
  2. Masukkan daun kari dan juga tomato yang dihiris, tumis sehingga tomato hancur.
  3. Masukkan ayam dan biarkan ayam separuh masak.
  4. Bila ayam dah separuh masak, jatuhkan serbuk kari yang dicampur dengan air. Gaulkan sehingga rata.
  5. Masukkan air secukupnya dan santan. Biarkan masak sehingga mendidih.
  6. Disebabkan saya guna kentang russet, jadi saya biar ayam masak dahulu baru letak kentang sebab kentang russet cepat lembut.
  7. Masukkan garam secukupnya dan rempah secukup rasa maggie.
  8. Akhir sekali bila kentang dah empuk, masukkan tomato yang dipotong empat.
  9. Dah cukup pekat, garam semua dah cukup, tutup api. Siap! Boleh makan dah dengan nasi beriani tadi. 

Bahan-bahan Acar Timun:

Timun 3 biji

Bawang merah 1 biji

Cuka

Garam

Gula

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Aqila Fathiah Azman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x