Selalu kita akan makan maggi sahaja kan. Ada Maggi Kari, Maggi Tomyam dan banyak lagi. Makan macam tu sahaja pun dah sedap. Apa kata maggi itu diolah sedikit menjadi Murtabak Maggi? Boleh makan maggi dan juga murtabak.
Letak pula sos atas murtabak itu, memang lengkap la hidangan ini. Jom kita try.
Terima kasih Siti A’isah Bt Sardi untuk perkongsian resipi Murtabak Maggi ini 🙂
Bahan-Bahan:
4 bungkus maggi kari
Sebiji bawang besar (Dipotong dadu)
Sebiji kentang (Dipotong dadu)
Sebatang lobak merah (Dipotong dadu)
Hirisan daun sup (Boleh letak cili hiris)
Isi ayam (Dipotong kecil, nak letak daging atau udang pun boleh)
4 biji telur
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, celurkan maggi tersebut dan buang air nya.
- Satukan semua bahan di atas dan perencah maggi sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan telur dan gaul sebati.
- Seterusnya, boleh masak di atas pemanggang ajaib atau kuali leper.
- Pastikan untuk masak dengan api yang kecil sahaja.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti A’isah Bt Sardi(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos