Sudah bosan masak Ayam Masak Kicap? Disini, Admin kongsikan resipi yang lain daripada yang lain dan ala moden sekarang. Bukan resipi dulu-dulu, jadi orang dulu-dulu patut cuba resipi ni. Mana tahu, kalau dihidang pada anak-anak sekarang, mereka suka dan puji masakan anda?
Terima kasih Nor Shahliza untuk perkongsian resipi Butter Mayo Chicken ini 🙂
Bahan Utama:
8 ketul ayam cuci bersih dan toskan
Bahan perapan:
2 sdb butter (cairkan, masuk dalam microwave 1 min)
5 sdb mayonis
2 sdb sos tiram
1 sdb kicap manis
2 ulas bawang putih tumbuk kasar
2 tangkai daun ketumbar hiris
Sedikit maggi cukup rasa
Cara memasak:
- Kacau semua bahan dan gaul rata pada ayam. Perap ½ jam. Lagi lama lagi sedap.
- Masak atas pan sehingga ayam masak sempurna. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
- Pastikan api sederhana bagi mengelakkan ayam menjadi hangus.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Shahliza (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/