Otak-otak ni memang sangat sedap untuk buat makan petang. Bukan itu sahaja tau, dengan rasa isi ikan yang padat menambahkan lagi keenakan hidangan itu. Bau otak-otak yang dibakar itu saja pun dah wangi, apa lagi kalau dapat makan.
Jom kita cuba.
Terima kasih Mariah Khalid untuk perkongsian resipi Otak-Otak Ikan Selayang ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A:
1/2 kilo ikan Selayang (Ambil isi sahaja dan potong kecil)
Bahan B (Untuk Dikisar):
1/2 biji kelapa parut muda
3/4 cawan air
10 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah masak cap rose
5 sudu besar gula melaka atau gula
1 sudu kecil garam
Sedikit air asam jawa
Cara penyediaan:
- Â Â Â Pertama sekali, satukan semua bahan diatas.
- Â Â Â Perap selama setengah jam.
- Â Â Â Kemudian letakkan rempah dan ikan dalam daun kelapa.
- Â Â Â Akhir sekali, bakar di atas pemanggang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mariah Khalid(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos