fbpx

Resepi Mudah Coconut Pandan Burnt Cheesecake. Hanya Menggunakan Air Fryer Je Tau!

iCookAsia

Kali ini, Admin nak kongsikan satu resepi air tangan si suami kepada si isteri. Biasanya kita makan Burnt Cheesecake tapi diolah sikit kepada Coconut Pandan Burnt Cheesecake. Memang sangat wangi dengan adanya santan dan pandan dalam menu ini.

Dah tau sedap ni, Jom kita try.

Terima kasih Shah Shatry untuk perkongsian resipi Coconut Pandan Burnt Cheesecake ini 🙂

Bahan-bahan:

250 g cream cheese

2 biji telur gred A atau 3 biji gred B

5 sudu besar gula halus

2 sudu besar tepung gandum

125ml santan segar atau kotak

1/2 sudu teh esen pandan

Sedikit pewarna hijau

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, masukkan cream cheese, telur, gula, tepung gandum, santan dan esen pandan ke dalam blender. Blend hingga halus dan sebati.
  2. Masukkan pewarna hijau kemudian kacau rata.
  3. Sebelum itu, panaskan air fryer selama 5 minit pada suhu 180°C.
  4. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 6″ yang sudah dilapik baking paper. Selepas sudah tuang adunan, hentak-hentak loyang sebanyak 3 kali.
  5. Masukkan loyang ke dalam air fryer, bakar pada suhu 180°C selama 25 minit.
  6. Apabila sudah masak, keluarkan dari air fryer kemudian biarkan sejuk sepenuhnya di suhu bilik.
  7. Akhir sekali, apabila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam. Boleh potong dan hidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shah Shatry(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x