Musim panas ni, kalau dapat cendol mesti sedap kan. Dengan sejuk cendol tu lagi, makan pula dengan aiskrim. Memang nikmat. Bukan itu sahaja tau, cendol ni memang terkenal sepanjang masa, ramai yang suka makan termasuk Admin la tu hehe
Jom kita try buat.
Terima kasih Shida Ambok untuk perkongsian resipi cendol ini 🙂
Bahan-Bahan:
1.5 kg cendol segera
1 tin susu sejat
1 tin santan pekat
Secubit garam
Gula melaka atau gula merah
Ais
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, kalau nak rasa yang lebih sedap, pakai santan kelapa parut yang dikisar sampai jadi halus dan ditapis, perah ambil santannya (kalau nak pakai santan kotak pun boleh).
- Seterusnya, ambil 1 tin susu sejat, kemudian dicampur dengan santan pekat tadi anggaran 1 tin (nisbah 1:1).
- Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
- Cairkan gula melaka atau gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut, tutup api dan tapis.
- Untuk penyediaan isi kan cendol, gula melaka diikuti dengan santan mengikut selera masing-masing. Lebih sedap jika ditambah ais.
Senang sangat nak buat. Yang penting, rasa dia memang sedap dan menarik.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Shida Ambok(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos