fbpx

Resepi Miang Pla Pao, Cukup Rasa Pedas Dan Manis!

iCookAsia

Admin nak tanya ni, korang tahu atau tidak Miang Pla Pao tu apa? Miang Pla Pao ni merupakan makanan yang berasal dari Thailand. Dengar nama macam pelik tapi sajian ni antara sajian yang disukai ramai tau. Keunikan sajian ini lah yang membuatkan ramai lagi tertarik nak cuba.

Bukan itu saja, sajian ni boleh buat homemade je, jangan risau la. Jom kita buat, yang penting mudah je.

Terima kasih Siti Mariam Muhammad untuk perkongsian resipi Miang Pla Pao ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

Ikan Siakap (boleh sahaja guna apa-apa ikan)

Udang

Bee hoon atau Soh hoon

Salad

Timun

Lobak

Garam

Kunyit

Tepung jagung

(Amaun untuk semua bahan di atas boleh digunakan mengikut kemahuan sendiri)

Bahan B (Untuk Sos):

5 ulas bawang putih

Cili padi

Daun Ketumbar

2 sudu besar gula

4 sudu besar sos nampla

Limau nipis

 Cara Penyediaan:

  1. Lumurkan ikan dengan garam, kunyit dan tepung jagung serta goreng ikan tersebut sehingga garing. Jikalau tidak suka terlalu garing, tidak menjadi satu masalah.
  2. Seterusnya, rebuskan udang tersebut terlebih dahulu.
  3. Bee hoon atau soh hoon perlu dicelur terlebih dahulu.
  4. Ulam-ulaman seperti salad, timun dan lobak perlu dibersihkan.  Pastikan untuk potong timun dan lobak secara panjang-panjang.
  5. Untuk membuat sos, tumbukkan bawang putih, cili padi dan daun ketumbar sekaligus. Kalau ada chopper, lagi mudah. Gaulkan semua bahan yang sudah ditumbuk bersama dengan gula dan sos nampla.
  6. Akhir sekali, masukkan perahan limau nipis.

Cara makan:

  1. Ambil daun salad, letak soo hoon atau bee hoon, masukkan timun dan lobak, ikan atau udang. Seterusnya, curahkan sos yang sudah dibuat dan balut dengan salad.
  2.  Siap untuk dimakan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Mariam Muhammad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x