fbpx

Resepi Mesti Cuba, Masak Kari Ikan Siakap. Nampak Simple Tapi Sedap Rasanya

iCookAsia

Setiap hari nak masak mesti tak tahu nak hidang lauk apa. Boleh cuba resepi Kari Ikan Siakap ini. Memang puas hati bila dapat makan dengan nasi panas-panas. Bukan itu sahaja, hidangan ini mungkin nampak simple tapi sekali rasa, mesti nak lagi.

Terima kasih Mastura Razali untuk perkongsian resipi Resepi Masak Kari Ikan Siakap ini 🙂 

Bahan- bahan:

Bahan A (Bahan Kisar):

4 atau 5 ulas bawang merah

1 ulas bwg putih

Sehiris lengkuas

Sehiris halia

2 hiris serai

1 sudu kecil rempah campuran ketumbar dan jintan manis

Bahan B (Bahan Tumis):

1 sudu besar halba campur

Rempah 3 sekawan

Daun kari

Bahan C (Bahan Rempah):

2 sudu besar serbuk kari ikan

 Sudu besar serbuk cili

Sedikit serbuk kunyit

Bahan D (Bahan Sampingan):

Santan

Gula melaka/nisey

Garam

Bendi

Terung

Cili hijau

Tomato

Cara membuat:

  1. Mula-mula, bancuhkan rempah kari ikan, serbuk cili dan serbuk kunyit dengan sedikit air dan jadikan ia pes.
  2. Tumiskan 3 sekawan dengan daun kari dan masukkan halba camour. Jika sudah naik bau, masukkan bahan kisar dan tumis sampai garing.
  3. Kemudian, masukkan pes campuran serbuk kari tadi bersama setengah biji tomato. Masak sampai garing atau pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  4. Masukkan pula sedikit air dan gula melaka atau nisan.
  5. Seterusnya, jika sudah pecah minyak, masukkan ikan dan sedikit garam.
  6. Letakkan santan. Apabila kuah sudah mendidih, boleh letakkan sayur-sayuran. Boleh tambahkan garam, gula, dan ajinomoto terpulang pada selera masing-masing dan sesuaikan rasa. Jika sudah sedap, tutup api dan hidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mastura Razali(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x