fbpx

Resepi Mee Kicap Ala Restoran Popular Di Ipoh. Sedap Sangat!

iCookAsia

Kalau pergi ke Ipoh, pasti semua dah tahu pelbagai jenis hidangan yang popular. Antaranya adalah Mee Kicap. Walaupun sudah boleh rentas negeri, tapi Admin pasti ada yang tidak berpeluang nak ke Ipoh untuk bercuti. Jadi, Admin nak kongsikan satu resepi Mee Kicap yang rasanya ala ala restoran popular di Ipoh. 

Senang sahaja. Orang bujang pun boleh buat tau!

Terima kasih Ana Farhana untuk perkongsian resipi Mee Kicap ini 🙂

Bahan-bahan:

4 biji bawang merah kecil – hiris nipis

3 ulas bawang putih – hiris nipis

1 sudu teh serbuk cili

1 mangkuk ayam – potong dadu

Fish cake – hiris nipis

300g mee kering – lebih kurang 5-6 keping

1/3 cawan minyak

Sedikit air

Sayur kegemaran

Bahan sos (campur dalam mangkuk)

3 sudu besar kicap pekat manis

3 sudu besar kicap cair

1 sudu besar minyak bijan

Cara memasak:
1. Sebelum mula menumis, mee kering ni perlu direbus dahulu. Boleh guna jenama kesukaan. Angkat dan toskan mee bila mee dah masak.


2. Sediakan minyak bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak, goreng bawang merah dan bawang putih sehingga nampak keperangan. Angkat bawang goreng dan toskan. Jangan tutup api, perlahankan saja.


3. Apabila sudah perang, terus angkat. Takut hangit kalau lama-lama.


4. Dalam minyak yang sama, terus tumis serbuk cili. Kemudian masukkan isi ayam dan fish cake. Tumis sampai ayam masak.


5. Masukkan sayur kegemaran.


6. Tambah sedikit air. Dalam 1/2 cawan.


7. Tambah mee yang telah direbus tadi.


8. Masukkan bahan sos (kicap pekat manis, kicap cair dan minyak bijan). Gaul sebati.


9. Akhir sekali masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng tadi. Gaul lagi sampai sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ana Farhana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x