Mee Hailam merupakan satu hidangan yang sedap dan dipenuhi dengan kuah yang banyak. mesti kadang-kadang teringin nak makan tapi tiada masa nak keluar untuk beli. Sekarang, anda boleh buat di rumah sahaja. Nak buat breakfast atau dinner pun boleh.
Jom kita try.
Terima kasih untuk NorSilah Abdullah perkongsian resipi Mee Hailam ini ๐
Bahan-bahan:
6 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
2 sudu besar cili blender
1/2 sudu kecil lada sulah (boleh tambah kalau suka)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap pekat
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah)
Kicap manis secukupnya
500 g mee kuning
Daging (hiris nipis)
Fish ball/fish cake
Udang/sotong (Optional)
1 ikat sayur kailan
1 paket kecil putik jagung
1 batang lobak merah
Sedikit kubis bunga
Garam secukup rasa
Minyak bijan
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan minyak dalam kuali.ย
- Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili dan tumis lagi.
- Masukkan daging dan bahan-bahan sos serta tambahkan sedikit air. Masak sehingga daging agak empuk.
- Masukkan fish ball atau fish cake, udang atau sotong jika ada.
- Masukkan l liter air, kalau nak banyak kuah boleh tambah.
- Kemudian, masukkan lada sulah. Renehkan kuah sehingga dagingย empuk.
- Masukkan sayuran yang keras dulu dan renehkan lagi.
- Masukkan mee dan sayur kalian dan juga garam (jika perlu).
- Masukkan juga tepung jagung yang sudah dibancuh.
- Akhir sekali, renjiskan sedikit minyak bijan untuk aromanya. Jangan masak lama kerana bila sudah masukkan mee nanti mee kembang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐
Kredit resipi dan gambar: NorSilah Abdullah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity