Ada peminat udang galah disini? Atau penggemar masak lemak tumis? Gadingan kedua masakan dan bahan ini betul-betul sedap tau. Tengok gambar pun dah tahu sedap. Makan dengan nasi putih panas-panas ni betul memuaskan. Kenyang perut!
Terima kasih Zaila Ahmad untuk perkongsian resipi Masak Lemak Tumis Udang Galah ini 🙂
Bahan-bahan:
Bawang kecil*
Bawang putih*
Cili kering rebus*
(Semua bahan bertanda * di kisar sampai halus)
3 batang serai ketuk
Asam keping 3
Santan 1 kotak kecil
Garam
Gula
Cara memasak:
- Tumis bahan-bahan bertanda (*) dan masukkan sekali serai tadi. Tumis sampai garing.
- Masuk asam keping.
- Kemudian, masukkan udang dan biar air udang keluar.
- Letak santan.
- Akhir sekali, bagi masakan rasa masam-masam manis.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zaila Ahmad (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/