Maggi Goreng ini kegemaran ramai kalau selera tidak mahu nasi. Hidangan yang tidak berapa berat tapi sudah cukup untuk isi perut pada waktu malam. Kalau tengah-tengah malam teringin maggi goreng di kedai mamak, tak perlu keluar rumah dah. Boleh cuba resepi di bawah ini.
Terima kasih Nana Sabrina Sarsan untuk perkongsian resipi Maggi Goreng ini
Bahan-bahan:
3 bungkus Maggi (rebus separuh masak toskan)
1 biji Bawang merah saiz besar (dipotong kasar)
Lobak (dipotong memanjang)
Daun sup atau daun kucai
Cili (jika suka)
3 sudu makan cili boh atau cili kisar
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Kicap manis dan kicap masin secukupnya
Udang atau sotong (jika suka)
Minyak
Telur sebiji
1 paket perencah maggi
Cara memasak:
- Panaskan minyak, masukkan cili kisar, bawang dan lobak. Apabila sudah pecah minyak, masukkan kicap, bahan perasa, perencah maggi, udang atau sotong. Kacau lebih kurang 3minit.
- Masukkan mee tadi dan kacau sebati. Pastikan api sederhana dan selepas itu, pecahkan telur. Tunggu selama 3 minit, baru kacau.
- Akhir sekali, masukkan daun bawang dan cili.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Nana Sabrina Sarsan (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/