Masakan Paprik ini sangat sedap kerana rasa sos nya itu. Lagi pekat lagi sedap. Juga, kalau isinya lagi banyak lagi bertambah puas makan. Kemudian, digandingkan pula dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar. Betul-betul ngam!
Anda kalau belum tahu bagaimana masak lauk ini, memang patut ikut resipi ini. Confirm tak menyesal!
Terima kasih Nurbaizura SaNi untuk perkongsian resipi Ayam Masak Paprik ini
Bahan-bahan:
Ayam bahagian dada
Serbuk kunyit sedikit
Garam secubit sahaja
Caranya:
- Potong dadu ayam.
- Tambahkan kunyit sikit dan juga garam.
- Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
Bahan-bahan untuk Sos:
Bawang merah
Bawang putih
Halia (1 hiris je)
Caranya: Tumbuk 3 bahan-bahan ini sehingga lumat.
Bahan untuk menumis:
Bahan-bahan tumbuk tadi (3 bahan tadi)
Serbuk cili
Serai 1 batang
Daun limau purut
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis (Letakkan sedikit sahaja untuk bagi warna sos cantik)
Cara memasak:
- Tumis 3 bahan tadi bersama serbuk cili, serai dan daun limau purut.
- Tumis sehingga garing kemudian masukkan air dan tambah sos cili, sos tiram, kicap.
- Tambahkan lagi garam dan perasa.
- Apabila sudah masak pecah minyak sempurna masukkan ayam yang digoreng separuh tadi bersama sayuran (kacang panjang, bawang besar, cili besar)
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Nurbaizura SaNi (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/