Bahan-bahan yang diperlukan:
800 gm lala
6 batang cili merah
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia
2 tangkai serai di ketuk
Garam secukupnya
Gula secukupnya
1 sudu kecil cuka
½ cawan minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
- Mula-mula masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
- Kemudian panaskan minyak di dalam kuali, masukkan serai dan bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik bau.
- Selepas itu, masukkan garam, gula, cuka dan lala. Kacau rata dan masak sehingga semua lala terbuka.
- Lala goreng bercili sedia untuk dihidang.