fbpx

Resepi Laksa Yang Paling Nyaman Pernah Kami Rasa

iCookAsia

Hari ini Chef Lin akan kongsikan resipi Laksa Nyaman pula. Apa yang nyaman tu? Haa.. kenalah tengok sampai habis. Menu ini wajib kena cuba. Admin sampai ke hari ini masih teringatkan laksa ni. Memang betul-betul nyaman! 🙂

Hidangan untuk 5 orang.

Bahan-bahan:
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar pes cili
3 sudu besar rempah kerutub, dicampur air jadi pes
3 Paket Perencah Mi Kari SAJI
Garam secukup rasa

Bahan Hidangan:
5x75g SAJI Mi Kari , mi dicelur & gaul minyak
1 biji timun, diparut memanjang
1 ikat daun selom, dihiris
1 ikat daun ketumbar, dihiris
3 biji telur, didadar & hiris halus
1 kuntum bunga kantan, dihiris halus
5 biji kasturi, dibelah 2

Bahan Kisar:
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 batang serai
1 inci lengkuas

Bahan Kuah:
5 cawan santan (1 1/2 kelapa)
1 keping asam gelugur
8 tangkai daun kesum
3 sudu besar sos cili SAJI
2 sudu besar sos tomato SAJI
2 sudu besar sos tiram SAJI
425g sardin dalam tin, dihancurkan
Separuh sos tomato (dari tin sardin)

Bahan Sambal (dikisar):
1/2 labu bawang besar (dikisar)
1/2 inci belacan bakar (dikisar)
4 sudu besar pes cili (dikisar)
50g udang kering, direndam air panas}
1 sudu besar Kicap Manis SAJI
2 sudu besar gula

Cara Membuat:
1. Panaskan Minyak Masak SAJI dan Marjerin Seri Pelangi.
2. Tumis Bahan Kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan pes cili, kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan pes rempah kerutub, kacau lagi.
5. Apabila terbit minyak, masukkan Perencah Mi Kari SAJI. Kacau rata.
6. Masukkan Bahan Kuah. Kacau sekali-sekala sehingga mendidih. Tambah Garam Gunung SAJI.

Untuk Sambal:
1. Panaskan 1/4 cawan minyak, masukkan bahan kisar. Masak sehingga terbit minyak.
2. Masukkan Kicap Manis SAJI, gula dan Garam Gunung SAJI. Masak sehingga garing dan naik minyak.
3. Hidangkan mi dengan semua bahan lain.

 

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x