fbpx

Resepi Labu Masak Lemak Paling Simple. Kalau Hidang Dengan Nasi Putih Dan Sambal Belacan Confirm NGAM!

iCookAsia

Tidak ramai yang suka akan masakan Labu lemak ini. Tetapi, kalau orang yang yang dah biasa makan atau suka akan masakan ini, pasti selalu sahaja nak masak lauk ni. Sebab apa? Sebab senang sangat. 

Paling Admin suka apabila makan bersama Labu Masak Lemak ini mestilah bersama Ayam Goreng, Nasi Putih dan juga Sambal Belacan. Kombinasi yang terbaik! 

Ada yang nak belajar masak? Jom cuba!

Terima kasih Maryam Hussain untuk perkongsian resipi Labu Masak Lemak ini 🙂

Bahan-bahan:

Separuh biji labu 

2 biji bawang kecil 

2 biji bawang putih 

1 inci kunyit hidup 

1 batang serai 

5 ekor udang / ikan bilis 

2 cili besar 

1 kotak santan segar / kotak 

Cara memasak:
1. Tumbuk kasar bawang putih, bawang kecil, dan kunyit hidup.


2. Rebus labu dan udang dengan sedikit air. Bila labu sudah separuh masak, masukkan serai dan bahan yang ditumbuk kasar tadi. Kacau rata.


3. Masukkan santan segar separuh mangkuk. Bergantung kepada kepekatan kuah yang anda suka.


4. Masukkan sedikit lada hitam dan cili besar. Kacau rata. Bila sedikit mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Maryam Hussain (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x